Warisan Melayu

Tuesday, July 19, 2005

Pantun AdatLebat daun bunga tanjung Berbau harum bunga cempakaAdat dijaga pusaka dijunjung Baru terpelihara adat pesaka
Gadis Acheh berhati gundah Menanti teruna menghulur tepak Gula manis sirih menyembah Adat dijunjung dipinggir tidak
Manis sungguh gula Melaka Jangan dibancuh dibuat serbat Sungguh teguh adat pusaka Biar mati anak jangan mati adat
Anak teruna tiba di darat Dari Makasar langsung ke Deli Hidup di dunia biar beradat Bahasa tidak dijual beli
Menanam kelapa di Pulau Bukum Tinggi sedepa sudah berbuahAdat bermula dengan hukum Hukum bersandar di Kitab Allah
Buah berangan di rumpun pinang Limau kasturi berdaun muda Kalau berkenan masuklah meminang Tanda diri beradat budaya Laksamana berbaju besi Masuk ke hutan melanda-landa Hidup berdiri dengan saksi Adat berdiri dengan tanda Berbuah lebat pohon mempelam Rasanya manis dimakan sedap Bersebarlah adat seluruh alam Adat pusaka berpedoman kitab
Ikan berenang di dalam lubuk Ikan belida dadanya panjang Adat pinang pulang ke tampuk Adat sirih pulang ke gagang
Pokok pinang ditanam rapat Puyuh kini berlari-lari Samalah kita menjunjung adat Tunggak budaya semai dihati
Bukan kacang sebarang kacang Kacang melilit si kayu jati Bukan datang sebarang hajat Datang membawa hajat di hati
Budak-budak berlari ke padang Luka kaki terpijak duri Berapa tinggi Gunung Ledang Tinggi lagi harapan kami
Helang berbega Si Rajawali Turun menyambar anak merbah Dari jauh menjunjung duli Sudah dekat lalu menyembah
Angin kencang turunlah badai Seumur hidup cuma sekali Tunduk kepala jatuh ke lantai Jari sepuluh menjunjung duli
Gobek cantik gobek cik puan Sirih dikunyah menjadi sepah Tabik encik tabiklah tuan Kami datang membawa sembah
Doa mustajab selalu terkabul Kepada Allah kita panjatkan Sebelum berlangsung ijab dan kabul Majlis berinai kita dulukan

Tuesday, July 12, 2005

Puteri RamawatiPakaian cara Melayu Campa potongan Baju Kurung berpesak sungguh menawan. Kain broked dari India ini didagangkan di rantau ini seawal kurun ke 14. Puteri berselendang kain tenun ikat Campa. Hiasan dirinya adalah permata dari Kemboja.Puteri PataniPuteri Patani memakai pakaian cara wanita Siam. Kain Sarung 'pha ital' dari tenunan ikat dan selendang 'pha sabai atau 'pha biang' dari tenunan ikat juga. Baju pendek di lengan bersulam motif bunga teratai.

Raja FatimahKelaziman keluarga diraja Johor memakai Baju Kurung Johor kain broked Cina yang tidak dipakai sedondon. Kain Sarung Songket dari Terengganu atau Kelantan dan memakai kain berdagang luar songket Palembang serta selendang kelengkan mantul di bahu serta bersanggul tinggi dihiasi cucuk sanggul pepaku.

Siti ZubaidahPakaian wanita klasik Campa ini diilhamkandari ukiran dinding apsara Puteri mamakai baju dan seluar lengkap walaupun asalnya didedahkan bahagian bahu. Pakaiannya fabrik berkilau dan sarat ditenun benang serta kain panjang tenunan Campa. Hiasan asal barang kemas daripada emas padu bertatahkan batu-batu permata.
click to enlarge
Tun SenajaBaju Kebaya kain satin sutera Cina yang cantik ini menjadi rebutan wanita pada zaman Melaka. Dipadankan dengan kain tenun songket dari Palembang serta selendang panjang kain corak limar.
R. KamaliahMemakai Baju Kebaya Labuh dari sutera India sedondon - juga kain yang didagangkan pada zaman itu. Kain kelubung sarung Bugis bermotif tapak catur. Perhiasan badan yang manambah lagi kejelitaan puteri ialah kalung, kerosang dan gelang kaki dari emas tukang Melayu.Cik Puan Cik SeniPakaian kandung Baju Kurung besar yang dipakai dengan kain tenun. Kain dagang luar kain songket yang diperkemas dengan tali pinggang emas. Penutup kepalanya selendang daripada kelengkan. Wan FatimahBaju Kebaya Labuh ungu ditenun benang sutera putih dan dipadankan dengan kain limar songket. Sehelai songket di pegang diparas pinggang yang dijadikan kain kelubung sungguh sopan, sungguh manis. Tengku Safura NegaraTengku Safura Negara yang jelita ini berdandan dengan kebaya warna samar, warna yang banyak dipakai di Kedah dan Terengganu. Selendangnya daripada kelengkan yang dihasilkan dari kemahiran tukang-tukang sulam yang tinggal di bawah naungan Paduka Sultan. PitalokaPuteri dari Madura memakai baju kebaya wanita kepulauan Jawa dipadan dengan kain batik tulis bercorak Madura warna merah bata dan biru .Kalung daripada manik dan kepingan emas turut menghias diri. Puteri Limau PurutPuteri ini memakai gaya wanita Aceh bercelana baldu disulami benang emas.Sarung songket dipakai menutupi celana hingga bawah lutut agar sopan bagi wanita Muslimah. Pada masa dahulu perhiasan emas yang dipakai banyak sekali.

Cik Siti Wan KembangPakaian Cik Siti dari tiga helai kain limar yang dijadikan kain kemban, kain sarung dan selendang panjang tenunan songket benang emas. Perhiasan badan pending, dokoh dan gelang daripada emas bersepuh buatan tukang Melayu. Sebagai seorang pentadbir Cik Siti memakai keris emas.

Tengku Ampuan MahrumKeluarga diraja Selangor berkebaya labuh songket tabur , sulaman kelengkan atau telepok. Kain songket limar dipadankan sebagai kain sarung dan selendang panjang sunnguh menarik dan santun dipandang.
Puteri SuriaPuteri Suria didandan dengan baju kurung sutera Cina yang cantik dan selendang bersulam kelengkan yang banyak diwarisi dari keluarga diraja Sambas, Borneo. Barang kemas daripadda emas yang berunsur tukang Cina dari Kalimantan. Tengku Ampuan MariamPuteri diraja Pahang mereka pakaian sendiri Baju Riau Pahang yang dibuat daripada sutera bunga tabur atau songket tenun Terengganu. Tengku Ampuan menghias diri dengan mahkota kebesaran.
click to enlarge
Engku Puteri Raja HamidahEngku Puteri mengenakan baju songket potongan Riau yang dihiasi renda perak atau tembaga.Selendang sulaman kelengkan menutup bahu. Engku Puteri juga memakai barang kemas sarat: pending, dokoh, gelang dan subang.
click to enlarge
Puteri JamilanPuteri Jamilan dari Minangkabau, berhias dengan baju kurung gadang baldu hitam bersulam benang emas bermotif pucuk rebung. Tengkolok asal kain telekung solat kini digubah daripada selendang songket.
Tengku Tengah / Tun IrangTun Irang memakai pakaian cara pengantin Melayu Johor-Riau dahulu. Kainnya songket panjang sembilan dipakai dengan baju kurung pendek. Hiasan diri: pending , dokoh dan pemeleh daripada emas. Dara JinggaPuteri Palembang lazim memakai Baju Kurung besar tenunan songket bunga penuh.yang dipadankan dengan kain sarung songket . Selendang daripada kain sarung diselempangkan pada bahu. Memakai barang kemas yang banyak dipakai oleh masyarakat Melayu di kepulauan Sumatera.

Copyright © 2002-2003 by DuniaMelayu.com. All Rights Reserved. Designed and maintained by iEverything Sdn Bhd.
Bangsa Melayu terdiri daripada pelbagai suku bangsa yang menjadi penutur bahasa Melayu dan kelompok bangsa Melayu - Polinesia. Penempatan bangsa Melayu tersebar luas dan membentuk suku kaum yang beraneka bahasa, dialek, adat dan kepercayaan, kesan daripada faktor geografis dan evolusi sejarah. Kini bangsa Melayu merupakan sebahagian besar daripada jumlah penduduk Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan selatan Filipina. Di daerah-daerah di luar Kepulauan Melayu seperti di selatan Thailand, Vietnam, Myanmar, Sri Lanka, Madagascar dan sebagainya, keturunan Melayu merupakan masyarakat minoriti. ESKM menghuraikan sejumlah bahasa dan dialek Melayu di kawasan-kawasan tertentu. Antara kata masukan tentang bahasa Melayu ialah Bahasa Melayu Jambi, Bahasa Melayu Langkat, Bahasa Melayu Palembang, Bahasa Melayu Patani, Bahasa Melayu Pijin/Kreol, Bahasa Melayu Riau, dan Bahasa Melayu Sri Lanka. Manakala kata masukan tentang dialek Melayu pula ialah Dialek Melayu Ambon, Dialek Melayu Bacan, Dialek Melayu Bali, Dalek Melayu Maluku, Dialek Melayu Nusa Tenggara, Dialek Melayu Kutai dan Dialek Melayu Sambas.
Kata masukan bidang bahasa juga memaparkan tentang karya-karya bahasa, anugerah, tokoh, ejaan, hadiah/peraduan/forum, kegiatan, ilmu bahasa, institusi dan organisasi/pertubuhan.

Monday, July 11, 2005

Jampi Menteraserikan pakaian pengantin
Pakaian tradisional pengantin Melayu Perlis merupakan pakaian yang dipakai semasa istiadat perkahwinan atau persandingan di zaman silam. Pakaian ini masih diteruskan penggunaannya sehingga sekarang tetapi sedikit sebanyak telah berubah mengikut peredaran zaman dan masa. Pakaian tradisional pengantin Melayu Perlis ini tidak terbatas kepada pemakaian kain dan baju sahaja tetapi ia menampakkan keunikannya dengan pertambahan aksesori bagi menambahkan serinya pakaian tersebut.
Keaslian pakaian ini akan nampak lebih berseri lagi dengan jampi mentera semasa memakai pakaian tersebut. Pakaian pengantin lelaki merupakan baju yang dikenali sebagai teluk belanga beserta dengan seluar berkaki besar. Fabrik yang sering digunakan zaman dahulu ialah kain satin lembut. Biasanya baju ini tidak bercorak dan dipadankan dengan samping jenis kain Bugis dengan ikatan berbentuk bunga di sisi kanan pengantin. Baju teluk belanga ini mempunyai potongan yang klasik.Ia berkolar tinggi dan berbutang lima terletak di hadapan baju tersebut. Potongannya berkekek serta berpesak di rusuk kiri dan kanan. Manakala kaki baju tersebut kembang di bawahnya. Baju ini mempunyai tiga kocek iaitu satu di bahagian atas sebelah kiri dan dua di sisi kiri dan kanan baju tersebut. Baju teluk belanga ini dipadankan dengan seluar potongan besar yang dikenali sebagai lokchuan dan diperbuat daripada kain jenis sama (satin lembut), beserta kasut kulit atau capal. Perhiasan atau aksesori tambahan yang sering digunakan oleh pengantin lelaki ialah Rantai beserta paun besar, bersongkok hitam yang disematkan dengan tiga biji kerongsang berkelat dan kaca mata hitam. Pakaian bagi pengantin perempuan pula merupakan baju kebaya selong, tetapi biasanya pada hari persandingan pengantin perempuan pula merupakan baju kebaya labuh. Fabrik yang digunakan ialah dari jenis kain satin, sutera gulung bunga timbul ataupun daripada kain cinta gelas. Biasanya kebaya labuh ini dibuat labuh melebihi paras lutut (sejengkal dari buku lali). Baju ini berbelah di hadapan dan berpesak serta di kedua-dua rusuknya mempunyai kekek. Lengan baju ini agak lebar iaitu berukuran lebih kurang enam inci tetapi labuh tangannya mencapai separuh daripada si pemakai. Ia diperbuat demikian agar perhiasan yang dipakai oleh pengantin boleh dilihat. Baju ini dihiasi dengan sulaman yang dibuat daripada jemeki bungan emas atau perak. Tiga kerongsang besar yang dipanggil kerongsang ikan disusun sejajar di depan baju tersebut. Kerongsang yang di atas selalunya lebih besar manakala yang di tengah dan di bawahnya berbentuk bulat dan mempunyai saiz yang lebih kecil. Kebaya labuh ini dipadankan dengan kain sarung yang dipanggil kain Bugis dan ia dipakai sepertimana memakai kain sarung biasa. Pengantin juga memakai selendang yang diperbuat daripada kaincepan ataupun kain rawa. Untuk menjadikan pengantin perempuan lebih berseri lagi, rambut pengantin disanggul lintang dengan ketopong (Mahkota) serta anting-anting. Selain itu, pengantin juga memakai kasut biasa atau capal lentik bertekad bunga emas yang dibuat daripada kain baldu dan dipakai semasa adat istiadatpersandingan dijalankan. Aksesori atau perhiasan yang sering dipakai ialah sepasang gelang kaki diperbuat daripada emas atau perak, subang terkia, gelang, cincin, rantai merajan dan kaca mata hitam. Pengandam berpengalaman biasanya dipilih untuk memakai pengantin dengan pakaian tersebut. Pakaian ini tidaklah dipakai begitu sahaja, sebaliknya ia disertai dengan jampi menteraa untuk menambahkan lagi seri pengantin tersebut. Di antara jampi tersebut ialah: "Hai baju sebanyak baju Mari digantung silimau manis Bukan aku memakai baju Aku memakai ilmu pemanis Berkat doa... Hai seluar sebanyak seluar Mari digantung silimau manis Bukan aku memakai seluar Aku memakai ilmu pemanis Berkat doa... "Begitulah juga dengan perhiasan dan aksesori lain yang akan dipakaikan kepada pengantin. Pada masa kini pakaian pengantin Melayu Perlis ini telah pun diubahsuai. Bentuk dan fabriknya sudah berbeza dari asalnya. Kemungkinan pertembungan budaya menyebabkan corak dan fesyen baju ini telah dimodenkan. "Apa riuh di atas titi, Melihat pelanduk di atas tunggul,Kebaya labuh bergelang kaki, Karangan melur menghiasi sanggul "

Saturday, July 09, 2005

Seri Keris Warisan Melayu

Dari sinar panas mentari,
Membelah ombak bergelora,
Terbentuk seri keris Melayu,Berseludang kelapa tua...
Ukiran tangan Hang Tuah,
Ditepian sungai Duyung,
Kampung lahirnya di lafazkan sumpah,
Bumi Melayu Melaka Bertuah,


7 petala langit dan 7 petala bumi
Menjadi saksi keagungan Allah
Bangsa melayu taat setia agamanya
Titits darah warisan melayu
Menjadi ketua pemeritahnya....
Tapi...jangan terlupa
Sumpah telaga kamarau airnya
Jika bangsa melayu tak memerintahnya...

Bukan atas nama aku berdiri...
Bukan atas bangsa aku bersumpah
Dengan nama Allah maha esa dan nabi
Tanah duyong menyaksikan sumpah
Hulubalang melayu bersaudara bersatu
Lafazkan " Warisan anak melayu"

www.geocities.com/tranung2000/sisipan/sajak23.htm